Tabung

Wednesday, January 13, 2021

 Salam 2021!


Gitu ucapan permulaan setelah lama menyepikan diri dari arena berblogger. ecehhhhhh

Posting ini adalahh permulaan tahun baru ini untuk mula menulis dekat sini.


Sampai berjumpa lagi.




Friday, January 26, 2018

Cara penggunaan essential oil dengan betul dan berkesan

Assalamualaikum..


Salam Jumaat hari yang penuh barakah.
.
Hari ini kita nak cerita sikit cara-cara nak guna EO. Ramai yang beli EO tapi tak tau macam mana nak gunakan EO dengan cara yang betul. Jadi kita tergerak nak kongsi cara-cara dengan korang semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat korang.



.
.
Ada 3 cara nak guna EO ni.
.

  1.      Aromatik
    • Aromatik ni caranya korang buka tutup botol tu dan korang hidu secara direct dekat botol tu. Hidu dan nikmati kesegaran bauan aromapati. Ada yang ingat EO ni hanya untuk bau-bau, wangikan rumah, wangikan kereta. Tidakkkk yer Tuan Puan sekalian. selain bauan EO ni ada banyakkkkkkkkkk sangat kebaikan. sebab tu kita rasa rugiiiiiiiii sangat kalau korang dah beli tapi tak guna dan tak tau cara nak guna dengan betul. Sayang sayang sayang... 
    • Korang boleh drop EO dekat tapak tangan korang, gosok secara putaran jam untuk mengaktikan dan tekup tangan korang dekat hidung dan mulut kemudian hidu. kenapa putaran jam? supaya EO tu lebih cepat dan pantas meresap masuk kedalam badan korang. perlu diingatkan untuk memastikan EO korang sentiasa tip top, make sure jangan letak jari korang dekat silikon atas tutup botol tu. sebab tak nak sel kulit mati korang masuk dan bercampur dengan EO. Sebab tu suruh drop bukan calit kat botol.
  2.      Topikal
    • Korang boleh sapu dekat anggota badan korang secara neat atau diluted. Tapi bagi korang yang baru first time guna EO, Dinasihatkan guna secara perlahan-lahan, sebab ada EO yang bersifat panas yang buat kulit korang merah. kalau tetibe merah jangan panik sampai rasa nak pitam ke ape. Relax... pi dapur amek minyak masak sapu dekat tempat tu. Jangan gatal pi jirus dengan air. Bila kita layer dengan Carrier oil dia akan melambatkan eo tu untuk masuk kedalam kulit korang. Sebab ni juga lah kiteorang yang oilers ni sangat-sangat suruh korang beli dengan orang yang betul-betul boleh guide korang dari A-to Z. Bukan beli dekat LAZADA #eh!
    • Lepas dah sapu dekat kulit tu.. leftover eo yang ada dekat tangan korang tu jangan pulak korang pi basuh. sayang wey.. tu umpama korang buka botol eo pastu korang curah dekat singki rumah korang. Lebihan tu korang sapu lah dekat tapak kaki ke, belakang telinga ke kalau EO tu bukan yang panas atau dah dilute dulu sebab belakang telingan ada banyak saluran darah. 
  3.      Internal
    • korang boleh dropkan EO dekat minuman korang. lemon untuk detoks. serai habis nak masak takde? boleh drop lemongrass dekat masak lemak cili padi korang tu. serius meh? Ini serius.. 



stop sini dulu, nak sambung buat kerje. tatatiti tutu..


xoxo
ibu.minyak


Monday, October 9, 2017

Kenapa korang kene beli set [PSK] Young Living

Assalamualaikum semua..


setelah berabad.. bersawang dah blog ni. lame dah tinggal. last entry pasal pengalaman bersalin umar, ni khaled pun dah keluar. hehehee
.
.
Sejenis yang malas nak buka blog baru, kita guna jer la blog yang dah ada ni yer.
.
.
Ok, kali ni nak cerita pasal Young Living. Apa yang bestnya Young living ni. Kalau korang tanya aku, of coz la aku kata BEST GILER!  ok, chop! meh aku cerita sedikit pasal young living essential oils ni ek..
.
.
Young living essential oils  ni dia merupakan minyak aromaterapi yang minyaknya diestrak daripada tumbuhan-tumbuhan terpilih melalui proses steam distillation.
.
.
setiap tumbuhan tu dia tak amek senang-senang jer ok, tumbuhan yang di petik tu tanam dari ladang dia sendiri yang dijaga, tiada pencemaran,petik pun ada timing dia, ada ukuran dia, pendek kata bukan senang-senang nak petik nak steam.
.
.
Ok, nanti aku cerita lagi la ek pasal Young Living ni, Kali ni nak cerita pasal set PSK dia,
Aku kenal Young living ni dari member ofis, Sheila. dia dok share dekat fb YL ni. Oneday ade post dia pasal EO Lavender yang boleh rawat untuk eczema. start dari situ aku start beli eo dengan dia. Mula-Mula beli Lavender, sedap bau dia. Pastu beli R.C dengan Thieves bila umar dengan iman selalu demam. Mula-mula tak percaya boleh ke EO ni bantu dari sudut kesihatankan. Tapi bila dah try serasi plak nampaknya budak-budak ni dengan Yl. Pastu sheila suh beli yang set PSK ni jer terus sebab semua ada. Tapi, time tu aku sayang duit aku. Pikir nak kuar duit untuk minyak tu macam ishhh.. tak payah la.
.
.
.
Dekat setahun gak la aku dok pikir. Dalam masa yang sama aku terus guna R.c dengan Thieves tu. Berubahan yang aku nampak bila guna Eo, anak aku Alhamdulillah, jarang demam. selsema pun cepat baik.
Bila dorang macam nak selsema or panas badan aku cepat-cepat sapu EO. Eh, bagus rupanya eo ni.
.
.
One day sheila open sape nak beli set ni pakai Kutu. Aku pun ape lagi. join la. Bedikit-dikit nyimpan duit sebab kan kesihatan keluarga. tak per la pejam mata demi anak-anak keluar duit sikit. Sebab bagi aku kesihatan anak adalah keutamaan aku... T_T
.
.
.
Dapat set ni time lepas bersalin, best jer berpantang bau aromaterapi ni. Pendek kata EO ni memang bagus untuk korang simpan dan gunakan untuk seisi keluarga. Banyak manfaatnya.
.
.
ok, cerita pasal PSK ni dalam dia ada:

Dew drop Diffuser
EO's (5Ml)

-Lavender
-Pan away
- R.C
- Thieves
- Lemon
- Copaiba
- Papermint
- Stress Away
-Frankincense
- Digize
- Purification

2 paket Ningxia
sampel eo
buku panduan
Kad eo
Free 10 mini essential oil botol. Boleh la korang share dekat keluarga dan kawan terdekat.
dan banyak lagi gift menarik.

Macam mana nak guna? Korang boleh diffuse EO tu guna diffuser YL, selain bagi bau haruman yang menyegarkan, korang boleh sapu dekat anggota badan korang.
.
.
Benefit lain bila korang beli set PSK ni korang automatik akan jadi member dala YL. Pasni beli YL dengan harga yg lebih murah.


sambung nanti!






Thursday, May 7, 2015

Part l: pengalaman bersalin kali kedua

Assalamualaikum W.B.T

Tajuk cam kelakar la plak.. macam tajuk cerita doremon. Hihihi. Tak per lah. aku just nak share dan nak simpankan kenangan bersalin yang kedua ni sebelum aku lupa. Betullah apa orang kata setiap anak tu pengalaman mengandung dan bersalin dia tak sama. Masa mengandung kan kakak iman dulu.. aku memang dapat alahan. tak bole bau kayu. sabun mandi kene tukar setiap minggu (serius ok sebab kalau lebih seminggu aku akan rasa sabun tu busuk gile). muntah masa awal mengandung. Tapi time adik dia si umar aku tak ada dapat alahan langsung. cuma kepala pening masa mula-mula.selera makan bertambah-tambah.hihi..

ok lah.sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku masa nak bersalin kan umar.. EDD umar sepatutnya 21hb April 2015 dan kalau aku tak bersalin juga sebelum 20hb tu aku kene serah diri dan kene paksa bersalin 21hb tu juga sebab aku ada GDM. Aku tak nak sebab apa yang aku dengar dan baca bila kene induce sakitnya Allah saja yang tahu jadi lagi 2 minggu nak bersalin tu aku dah pujuk baby supaya keluar.. ibu dah ready dah.. hihihi.. (padahal dalam hati takotnye).. macam iman dulu aku bersalin kan masa iman 39 minggu dan keluar tanda lendir coklat seminggu sebelum bersalinkan iman tapi time umar ni tak de tanda sangat. walaupun ada pengalaman masa bersalinkan iman dulu tapi bila sampai nak bersalinkan umar ni aku jadi blur dan macam tak tau apa-apa..

pengembaraan kisah ni bermula seminggu sebelum aku bersalinkan umar
9hb April (khamis) time ni aku masih kerja lagi pegi office dekat bukit jalil. tengah buat keje ni tetibe perut aku rasa mengeras dan rasa sakit nak bersalin. aku tahan lagi, dalam hati terdetik dah sampai masa nak bersalin ke ni.. aku siapkan kerja aku apa yang patut kot-kot lah esok bersalin. Tetibe officemate aku Kak Yana tanya.. "Napa muka you berkerut macam sakit je rin? " Aku just cakap sakit macam nak bersalin.. kak yana dah panic takut kalau-kalau betul-betul aku nak bersalin sebab pengalaman kat office ada staff bersalin kat office buat Kak Yana takut aku pun sama juga.. hihi.. dia suruh aku stop buat keje dan packing semua barang aku and decide dia nak hantar aku balik sebab takut kalau-kalau jadi apa-apa. huhuhu.. aku kata aku boleh drive lagi tapi kak yana tegah aku dia cakap bahaya.. jadi dalam pukul 5 petang tu kak yana, kak yani,diana dan kinah hantar aku balik.. hahaha.. ramaikan escote aku.. kiki.. dalam pada tu aku sempat minta maaf kat teammate aku yang lain dan minta dorang doakan aku selamat bersalin time tu aku dah menangis-nangis.. hahaha. kelakar betul.. jadi kita orang pun bergerak lah balik.. aku naik kereta dengan kak yana dan kinah.. kak yani drive kete aku dengan diana. disebabkan kak yana takot aku nak bersalin dah dia decide suh pegi hospital terus.. tapi.... bila kita orang sampai je dekat hospital sakit tu makin kurang.. aku sampai je dekat hospital nurse check CTG untuk check degup jantung baby dan kira contraction.. lepas tu mak bidan check bukaan. bila check bukaan baru 1cm lah dik.. dia tanya rumah aku kat mana? aku cakap meru.
Mak bidan tu kata suruh balik dulu sebab baru 1 cm (dalam hati aku ada rasa sikit stress sebab baru 1 cm walaupun memule tu aku da nanges-nanges takot nak bersalin). Dengan muka yang sebal dan laju je aku jalan.. kak yana,kak yani,diana,kinah dengan suami aku adi dorang tunggu kat luar sementara aku check CTG tadi pelik tengok aku jalan laju-laju.. diana spontan cakap " eh.. laju je jalan.. dah tak sakit ke kak rin?" hahahah.. time tu aku rasa macam serba salah je kat dorang sebab jauh-jauh datang hantar aku sampai hospital.. huhuhu.. aku cerita la apa yang mak bidan cakap kat dalam bilik CTG tadi.. muke masing-masing macam hampa pun ada. sebab aku tak bersalin lagi.. hahaha.. jadi pulanglah aku dengan perasaan hampa sebab belum lagi masanya aku nak bersalin..

kita sambung lagi next entry yer semua...

Saturday, May 24, 2014

Pengembaraan Umrah bersama bayi (bab 2)

Assalamualaikum w.t.b ...

Ada masa sikit boleh lah update entry kat blog ni sementara iman leka main.. nanti kalau dia dah merengek susah jadinya.
Untuk entry kali ni aku nak cerita tentang apa yang korang perlu letak dalam check list barang-barang yang korang perlu bawa nanti masa kat sana.

Check list barang aku dan En suami:

En. Suami:
1. pasang jubah pakai siap-siap masa        nak pergi sebab nak beli jubah kat madinah.
2. 1 pasang kain pelikat
3. seluar track 2 pasang
4. 2 pasang t-shirt
5. suar kecik

*sikit je barang en suami. sebab memang nak beli jubah kat sana.hihihi

Aku:
1.jubah 2 pasang. sepasang pkai siap-siap mase bertolak.
2. sepasang blouse
3. sepasang skirt labuh
4. tudung 2 pasang
5. 2 pasang baju t shirt
6. 3 pasang seluar palazo pakai mase pakai jubah n buat seluar tidoq
7. suaq kecik and bra yg mencukupi (kami bawk banyak)
8.2 pasang hand socks
9. 3 pasang socks gelap
10. kasut yang selesa sebab nanti banyak berjalan.
11. cermin mata.
12. pantiliners dan seangkatan dengan nya
13.ubat-ubatan kalau kot2 demam ke..sakit perut ke.. sebab kat sana mahai. Tapi Alhamdulillah kami sihat masa kat sana
14.tupperware dan botol air nak isi air zam-zam bawak balik hotel dan isi kudapan untuk kite atau anak2 makan.
15.mainan untuk iman kot2 bosan
16.baju untuk iman aku bawak lebih.
17.sweater aku..en.suami dan iman.
18.Buggy (hadiah dari kawan2 sebelum bertolak.terharu sangat.. banyak berjasa masa kat madinah.semoga Allah membalas segala kebaikan korang) carrier (pinjam arlyn.. berguna masa kat mekah sebab kat mekah tak boleh bawak masuk buggy dalam masjid)
19.sabun basuh baju
20. set mandian sewaktu dengannya
21.spray wudhu
22. charger universal
23.wipe tissue
24.pampers iman aku bawak yang besar.
25.beg carry nak bawak barang2 iman mase jalan2 kat sana
26.buku panduan umrah.. buku doa
27.camera digital
28.petroleum jelly kalau kulit kering..minyak angin

Saturday, December 14, 2013

Pengalaman yang tak ternilai

Setelah sekian lama baru nak cite pengalaman waktu bersalin iman dulu.. Hihi.. Si kecik tu dah nak 10 bulan da.. Alhamdulillah.. Dikurniakan anak yang baik.. Comel (siapa tak mengaku anak sendiri comelkan hihihi)
So aku nak cite pengalaman aku mase nak bersalin kan nurul iman.. Aku memang da pasang niat nak bersalin kat sungai buloh.. Walaupun aku duduk meru dan jarang yang agak jauh tapi aku nak juga.. Sebab aku nak sangat cik suami tersayang masuk dalam LR mase bersalin.. Dan alhamdulillah dengan izin Allah aku dapat gak bersalin kat sana..
Cite dia macam ni.. Due date aku bersalin sepatutnya 25hb februari 2013.. Tapi aku bersalin awal 19hb februari 2013 bersamaan hari selasa.. Seminggu sebelum tu aku da keluar lendir coklat mase tu aku dah dup dap dup dap.. Cakap kan adi.. Abg.. Keluar lendir la.. Camne ni? Adi kate.. Sakit tak? Kalau tak sakit tunggu dulu.. Firasat aku kate aku tak akan bersalin lagi.. Walaupun aku takut kalau aku over due date sebab aku ade kencing manis mase mengandung.. Hari-hari pesan dengan baby dalam peyot.. Please baby.. Kite bersalin dekat sungai buloh.. Jangan duk lama2 sangat dalam perut ibu.. Ibu tak sabar nak jumpa kamu.. Hihi..
Mase tu aku da 39 weeks.. Dan bos aku da suh kerja dari rumah je sebab aku da sarat sangat.. Kalau terberanak kat ofis naya plak kang.. Hihi.. Masa tu memang tak larat nak bawak perut da.. Tapi aku masih amek order buat durian creape masa tu.. Hahaha.. Mengah2 mak buyong ni mengcreape anak2 ooii..
Sampai la isnin 18hb macam biasa aku kerja dari rumah.. Keluar lagi lendir coklat buat kali kedua.. Dalam hati aku rase macam da sampai masa nak bersalin da ni.. Aku mesej adi.. Sakit tak dia tanya.. Kalau tak sakit tunggu abang balik.. (boleh plak main tunggu2 yer sayang) so aku tunggu la sampai adi balik.. Tp muke dia relax je macam tak ade ape2.. Dia siap tanya.. Nak pergi dah ke? Takpe.. Kite tido dulu kalau betul2 sakit baru kite gerak.. Sebab kite orang tak nak kene patah balik.. Aku tido macam biase.. Tibe2 dalam pukul 330 pagi.. Aku rase macam nak berak.. Pegi toilet tapi tak boleh berak.. Dan ade lendir coklat lagi.. Aku rase dah sampai mase dah ni.. OMG nak bersalin dah aku? Aku cepat2 bagi tau adi.. Kita orang mandi.. Siap2 pergi hospital.. Sebelum pergi aku sempat minta ampun dekat mak mertua aku dan kakak ipar aku.. Masa tu laju je air mata aku mengalir.. Nak cakap tak boleh.. Sebab dah sebak giler.. Dalam 5 pagi kita orang gerak.. Singgah petronas jap beli makanan tuk alas perut.. Sempat lah alu capai kuih pau.. Mee megi cup tu.. Coklat snearkers(betul ke eja) air tin milo.. Nak makan bende lain kedai tutup mase tu.. Hihi..
Sampai hospital dalam pukul 630.. Nasib aku baik aku gerak pagi.. So tak ada jem mase tu.. Sampai2 aku kene buat HCG test nak check degupan jantung bayi.. Lame gak aku buat sampai kul 730 sebab bayi tido masa tu dan misi kene gerak2 kan perut aku bagi kejutkan baby.. Habis HCG test.. Aku kene check bukaan plak.. Dan doctor pelatih yang check aku tu kate dah 2 cm.. Kene tunggu ward.. Dalam hati aku dah gelabah dah.. Nak caik adi mase tu.. Misi kata kene tunggu dulu LR penuh.. Mase tu memang aku tengok ramai ibu2 nak bersalin.. Dan aku dah start dengar suara2 ibu2 yang bersalin masa tu.. Mase tu aku rasa nak lari dari hospital.. Sebab ngeri dengar suara dorang dok jerit.. Hihihi.. Time tu contraction dah makin dekat setiap 5-10 minit.. Aku jalan2 anak kat tepi kaki lima bagi cepat bukaan.. Sebab ada akak tu kate kalau kita jalan bukaan cepat buka.. Bila sakit aku jalan bile rasa sakit tu hilang aku duduk balik.. Sampai la tibe2 ada akak yang tengah tunggu turn nak bersalin ni tegur aku kata ada darah kat kain aku.. Bila misi check balik bukaan aku da 5cm! Makin gelabah aku.. Masa tu dok ulang2 la baca doa nabi yunus.. Bagi rasa sakit tu hilang.. Aku rasa macam nak berak tapi kene tahan.. Stress woo rasenye.. Misi suh duk dalam 1 bilik ni sementara LR kosong.. Aku pun baring la.. Tapi tak lame sebab aku tak tahan sangat.. Aku cakap..misi saya tak tahan.. Macam nak berak.. Misi kata bukan.. Awak nak bersalin dah ni.. Check balik bukaan 6cm.. Terus dorang tolak aku pergi LR.. Aku sempat cakap dengan misi saya nak husband saya.. Dan masa tu aku sempat capai  coklat sneakers dengan air zam zam.. Buat alas perut.. Hihi
Mase sampai LR air mata aku laju lagi ngalir.. Dalam otak aku pikir mak dengan adi.. Aku nak adi dekat aku mase tu ak.. Aku takut gile masa tu.. Jam masa tu dalam 1230 tengah hari.. Pukul 1 tibe2 doktor laki masuk.. Dengan sorang lagi doktor perempuan.. Aku harab sangat dia yang sambut baby aku.. Tapi rupanya tak doktor laki yanh sambut.. Adi masuk dalam LR dalam 15 minit lepas tu.. Masa tu leganya dapat tengok adi.. Baru semangat nak push..hahaha..
Adi masuk je aku terus nak push.. Seingat la aku push dalam 4 kali.. Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan aku.. Aku selamat bersalin kan iman pukul 130 tengah hari.. Allahhuakhbar.. Masa tu aku rasa macam2 perasaan dalam jiwa aku.. Sebak.. Happy.. Gembira.. Macam2.. Bila dapat tengok baby yang kita bawak dalam perut selama 9 bulan ada depan mata.. Tak terkata aku leh cakap.. Tengok muke comel mulus ni hilang rasa sakit tu ko.. Hihihi.. Alhamdulillah.. Fuhhh! Panjang gile entry aku kali ni.. Hihihi.. Balas dendam namanya ni.. Letih dah menaip.. Iman ngan ayah dia pun Dah tidoq.. Moh leh kita tidoq gak..
Jumpa lagi sayang2 semua.. Tata titi tutu..
Xoxo

Set Hamil,berpantang,menyusu Shaklee

Assalamualaikum...

Hari ini kite nak introduce produk dari Shaklee yang merangkumi set untuk kehamilan,berpantang dan menyusu badan.. Sesiapa yang sedang mencari set2 diatas anda boleh pilih set ini.. Insha Allah.. Dijamin selamat.. Tiada kesan sampingan.. Dan yang pasti Shaklee ni sudah lama diparasan tau.. Bagi mummy to be yang sedang hamil mesti nak makan makanan yanh berkhasiat untuk baby comel kat dalam peyot tu kan.... Sebab bila kita mengandung ni kita sendiri akan automatik tak lalu nak makan masa early stage pregnant.. Sbb banyak alahan.. Macam kita dulu pun sama. Tapi dulu tak tau ape tu Shaklee.. Kalau tau dari dulu lagi da amalkan tau.. Hihi.. Supliment ni la membantu kita membekalkan tenaga dan vitamin untuk si comel tersayang tu.. Bagi set berpantang plak.. Dia elok dalam mempercepatkan proses membaik luka selepas bersalin.. Selain memberi tenaga selepas kita banyak mengeluarkan tenaga masa nak bersalin.. Lepas bersalin kan badan kita lemah sangat.. So supliment ni menbantu kita memberi tenaga untuk kita sepanjang proses berpantang.. Dan dia mesra baby.. Sebab kalau jamu kan panas dan baby senang kene jaundis.. So ibu2 yang menyusu badan tu boleh menyusu baby dia tanpa ragu2.. Bestkan? Ibu sihat.. Baby pun dapat manafaat.. So pada sesiapa nak tau lebih lanjut boleh la sms/whatsup kat no bawah ni.. Insha Allah anda akan dilayan sebaik mungkin.. Hihihi.. Atau kat fb kt norazrini amran.. Jumpa lagi untuk entry yang akan datang.. Tata titi tutu.. Indipendent distributer Shaklee Rin | 0169957457 Shaklee ID: 954092